Wednesday, December 24, 2008

hajatku tercapai..

hehehehe..lame weh dop update blog..ampunnn..hurmmm..cuti sbulan aku duk umah jer..kdg2 g jln2 ngn mmber kdg2 g jupe saing...apebenda tu?????wawawa..mmber??saing???hahahaha..ni..aku nok ucap mekasih kat mmber aku sbb mulut ye masin daaa...sbbnye mase befday aku ye wishh laa satu ayat ni..time bace tu tbe2 aku ngeluh..sbbnye aku pom dop nyakin mende ye kabo..last2 akhirnye hok ye wishh tu tercapai..eeeee..gerammmnye!!! mekasih mmber...taun dpn bdk hebat wish aku cepat kaye lop neh???hehehehe...

opsss!!! result kour doh..wehh bdk hebat..kite jupe lagi taunn dpn..peseng baru lop..

Friday, October 31, 2008

Universiti Sains Islam Malaysia(USIM)


Penyusunan link yang menarik dan padat dengan informasi terkini.mempunyai dwi bahasa bagi memudahkan pengguna melayari laman web ini.namun penyusunan gambar terlalu formal walaupun menggunakan teknik flash.penggunaan warna yang pudar untuk font bagi bahagian bawah dalam laman ini seperti buletin tidak begitu menarik.


Universiti Malaysia Sabah(UMS)


Universiti Malaysia sabahInterface yang terdapat dalam laman web universiti Malaysia sabah (ums) agak simple. Namun,apa yang menarik tentang laman web ini adalah susun atur yang kemas dan bersesuaian. Kurang informasi yang diletakkan dalam laman utama website ini tetapi terdapat banyak link dalam laman web ini, informasi akan dapat apabila pengguna men’klik’kan link yang disenaraikan . penggunaan dwibahasa dapat menarik hati pengguna mengunjungi laman web ini. Apa yang kurang menarik tentang laman web ini ialah penggunaan ruang yang sedikit dan boring kerana terdapat link sahaja.

Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI)


Dalam laman web Universiti Pendidikan Sultan Idris, interfacenya kurang menarik. Agak padat dengan informasi. Penggunaan warna yang pelbagai dalam laman ini tidak bersesuaian dengan laman web universiti. Selain itu, penggunaan ruang yang sedikit menyebabkan laman ini begitu serabut. Alangkah lebih baik jika link yang “sepatutnya” di letakkan di ruangan yang lain. Tapi apa yang menarik tentang laman ini ialah terdapat ‘moto’ bagi universiti ini iaitu pendidikan gemilang menjuju wawasan bersesuaian dengan universiti yang melahirkan gologan pendidik.





Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)



Interface bagi laman wen Universiti Tun Hussein onn agak menarik.di tambah pula dengan kelainan dengan penggunaan icon yang menggantikan perkataan bagi sesuatu link. Selain itu, penggunaan dwibahasa membolehkan pengguna dapat melayari laman web ini dengan mudah. Kelemahan yang ada pada website ini ialah interface bagi website ini kurang menarik dan agak membosankan. Kombinasi warna biru,putih dan merah kurang menarik.


Universiti Darul Iman Malaysia(UDM)


Boleh dikatakan website Universiti Darul Iman Malaysia(UDM) adalah lain di antara yang lain. Unik.susun atur link yang kemas. Namun banyak kelemahan yang terdapat dalam website ini. Susun atur gambar pegun yang kurang menarik serta saiznya yang agak kecik boleh menyakitkan mate pengguna melihatnya. Mempunyai bahsa melayu sahaja. Kurang informasi dalam website ini. Alangkah lebih baik jika website ini mempunyai calendar, menggunakan teknik flash pada gambar, menambah bahasa dan penyusunanan yang lebih kreatif. Tentu menarik!!




Universiti Malaysia Perlis(UNiMAP)

Saya suka laman web ini!!. Laman web universiti Malaysia peril sungguh menarik. Apa yang menarik tentang laman web ini berbanding dengan laman web yang lain ialah, terdapat banyak pilihan bahasa. Bahasa thai pom ade!!. Informasi yang begitu lengkap, susun atur yang kemas, serta penggunaan icon yang menarik. Namun terdapat kelemahan yang ade pada laman ini iaitu susun atur di bahagian atas laman ini kurang menarik,sedikit sarat dan laman ini tidak di sertakan calendar atau tarikh serta masa.